Bismillahirrahmanirrahim . . .
selama ini, diri aku di kurnia kan 3 orang kenalan yg aku anggap sebagai kawan karib aku
dimana mereka lah yang akan tampil dengan nasihat
dan bantuan kepada aku.
Semasa umur ku 13 tahun,
masa ini aku dipertemukan kepada seorang kawan yang sangat baik dan penuh dengan rasa rendah diri. dia lah yang membuat kan aku menjadi seorang yg rendah diri dari segala perilakunya. dengan hanya memandang muka nya, tahap baran aku menjadi layu. kami berdua kerap dikait kan sebagai kembar kerana selalu bersama. kembar kami ada 5 orang tetapi kami berdua lebih akrab bersama dalam perguruan. setelah berkawan hampir 4 tahun. kami bersama di tauliahkan sebagai pembantu jurulatih. tetapi dia di iktiraf secara rasmi, dan aku hanya di iktiraf di belakang tabir. aku semakin kagum dengan nya. setelah sekian lama aku berkawan dengan dia, aku ter fikir sejenak kenapa dia saja yg akan muncul jika aku menghadapi masalah. dan dia pernah didatangi mimpi tentang diri aku. aku semakin lalai ngn kehidupan dunia tetapi dia tidak, dia pandai mengatur langkah dalam menentukan sesuatu. setelah sekian lama. baru sekarang aku sedar dia adalah kenalan yg boleh di anggap sebagai kawan malah dia adalah seorang sahabat pada diriku. sekarang kami sudah renggang tetapi dalam hatiku masih terpikir kan diri nya dan ilmu di dada nya. aku hanya mampu berdoa untuk nya. kau adalah salah seorang tokoh yang tersemat dalam ingatan aku. Amzar Izzuddin adalah sahabat ku.
Semasa umurku 16 tahun,
masa ini pula aku dipertemukan kepada seorang kawan yang amat menggelikan hati dengan kesakaian belia. di sebalik kesakaian dia tersirat bayang2 seorang kawan yang penuh dengan pengajaran hidup dan ilmu agama. sedikit sebanyak aku mempelajari daripadanya tentang
ilmu didunia. aku cukup mengagumi dia kerana dia mampu menghadapi liku2 hidup sebagai seorang anak lelaki pertama dalam keluarganya. setelah pemergian bapanya yang disanjungi, dia mampu menyara keluarga dengan hasil titik peluh kerjanya. dia adalah seorang kawan yang sangat prihatin terhadap kawan2 yang lain. pernah suatu ketika, aku kehabisan duit untuk makan, dan tiada sesiapa yang mampu menolong aku walaupun keluarga aku kerana aku tak nak menyusah kan diorang lagi. secara tal langsung terdetik di fikiran ku tentang diri nya. setelah menceritakan masalah aku, dengan senang hati dia meminjam kan duit nya kepada aku tanpa memikir panjang dan gelak tawa. dia sempat berkata, 'acap guna duit ni elok2 okay, kalau tak cukup bagi tahu kat aku lagi' aku menjadi serba salah dengan sikap beliau. setelah daripada itu, aku menghadapi masalah lain dan kali ini dia juga yang tampil di sisi ku. aku menjadi semakin segan dan sedih terhadap apa yang aku tempuhi. dia selalu memberi nasihat kepada diriku. akhirnya, susah senang kami bersama, dia masih mampu untuk gelak ketawa
apabila aku perlu melangkah ke universiti. apabila tiba cuti semester, aku akan talifon dan lepak bersama dia. semasa cuti semester banyak masalah yang kami hadapi bersama, jika aku ada duit, makan minum rokok dia aku payung, bila aku tiada duit, makan minum aku dia yang payung. sehingga kan perkenalan kami ini diketahui oleh keluarga kami masing2. bapa aku selalu mengambil berat terhadap diri nya, dan mama dia selalu mengambil berat terhadap diriku sehinggakan aku terdengar mama dia berborak dengan kawan2 lain 'hah, ni lah anak angkat aku,dia belajo kat over the sea, anak aku yang pergi ambil dia kat airport tadi tuh, syukur selamat sampai dah haa' aku terkejut dengan kenyataan itu dan aku mula sayu. kawan yang aku perkatakan ini adalah Meor Nazry. susah senang kami bersama.
Semasa umurku 20 tahun,
masa ini pula aku di pertemukan dengan seorang kawan yang sangat menjaga kawan2 nya dari segi perhubungan antara satu sama lain. aku sangat hormat kepadanya, dan ini mungkin kerana perbezaan umur kami adalah 1 tahun dan pengalaman hidup. pada mulanya kami hanya berkawan seperti kawan2 biasa. tiada apa yang lebih daripada itu. tetapi sekian lama kami berkawan, pintu hatiku dibuka sikit demi sedikit terhadap nya. aku mula didatang instinct antara aku dengan dia seperti ada link tentang sesuatu. pada mula nya aku hanya membiarkan instinct itu tapi lama kelamaan iainya semakin jelas. peristiwa ini berlaku pada malam tadi pukul 8.45 pm pada 3 Mei. semasa aku sedang menunggu rakan ku mengambil aku ke tempat futsal, hatiku terasa gusar dan tidak tenang. secara tiba2 aku terasa diri aku ini seperti tidak diperlukan lagi di atas dunia. aku mula lemah longlai untuk pulang ke bilik dan ingin membatalkan game futsal. aku hanya mampu duduk diatas pembahagi jalan dengan badan ku menggigil dan hampir terpitam. tidak semena-mena, aku terima pesanan ringkas dari kawan ku ini yang berbunyi
"assalamualaikum. ALLAH menguji keikhslasan hati kita bila kita bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah, Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan, Allah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik, Ikhlaskan sesuatu pengorbanan keranaNYA"
saat aku membaca pesanan ringkas ini, hati ku terus sayu dan tanpa segan silu air mata ku berlinang. apa yang terlintas difikiran aku, adalah persoalan. iaitu kenapa kau hantar msg ni kat aku? kenapa masa ini yg ko hantar msg camni kat aku? kenapa ini yang aku terima? akhirnya persoalan aku terjawab apabila aku terdengar bisikan "acap, ko lah sahabat aku" . secara tak langsung aku berdoa dalam hati, 'ya Allah, jika ditakdirkan dia ini adalah sahabat aku, ambil lah amalan ku untuk nya' selepas itu. aku terus bersemangat setelah ber istighfar. dan aku membalas msg nya dengan tenang walaupun tidak. aku berharap dia adalah kembar2 aku
sepertimana sahabat2 aku sebelum ini. orang yang akan ku gelarkan diri nya sebagai sahabat ini adalah Muhd Rifdi atau lebih dikenali sebagai didieseven. jika kau baca tulisan aku ni didie, segera msg aku,sebab aku akan tunggu ko menjawab persoalan aku tu sendiri. adakah ko dapat rasa hati aku sekarang nie dd? adakah ko rasa apa yg aku rasa skg nie dd? :1
Luahan ini adalah datang nya dari hari aku, sahabat2 ku.
Amzar Izzuddin
Meor Nazry
Mohd Rifdi
Sincerely by,
~aap~
3 comments:
Salam...
alolololo..
so tacing lah papa..
ileks ye papa..
ngan sape2 pun kite kwn..x semua nye busuk..
jahat mane pun die..
baik mane pun die..
dieowg tetap kwn kite..
tp kan acap..
better ko ambik sastera ar beb..
ayat2 ko kalah a.samad said..ehhehe..
pape pun sabo ye acap..semua dugaan de hikmah di sebalik..
tabahkan hati kuatkan semangat teguhkan iman..
pegang prinsip kuat2..
ko llk aku tau ko kuat k beb..
xmo tacing2 ye...hehe
meh lawat blog aku lak..aku nk ko komen semua nye..wkakakaka
http://missblur.frenzyfm.my/
thanks bro..akan aku jage hbngn kite i..insyaallah lps ni xkan terputus =)
laen mcm jer ko nyer name kwan2 ni..xpecially dd...
but nice writing bebeh..
nk leleh gk ae mate aku....
meh join aku nyerblog..
http://fendydendy.blogspot.com
Post a Comment