BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 26, 2010

i'm home =)


pada pukul 8.30 malam di seksyen 17 shah alam .
akhirnya aku telah sampai ke selangor .
nasib baik aku sempat membawa diri .
untuk sementara waktu aku mahu menggumbirakan
diri di tempat aku membesar .

DAMANSARA .



hey kawan2 ku . aku nak jumpe korang semua
serentak pon takpa .
meh2 aku jemput korang sume datang ke
restoran Kayu nasi kandar . ntah aku pon lupa .
ok la meh datang Kayu taw .
kita lepak minum2 . mana yang larat .
jom kita buat Le Tour De Cineplex .
its movie time ok ?
hehe

kepada yang tak tahu aap dah kene pindah ke penang .
maaf la aku tak sempat nak bgtaw . aku ada masa
seminggu je sebelum tiket flite aku .
dan seminggu tu aku guna kan untuk kemas rumah aku .
kecian kat parents aku . baru je balik malaysia .
dah kene berkerah tolong aku kemas rumah .
anyway maaf la kawan2 . so
jum lepak ' ing maw ?

Monday, May 24, 2010

filter / light / menthol



semenjak dua menjak ni tak larat pulak melayan filter . nak try menthol macam apa pulak rasa nanti . penyudah nye light . terbaik kot . tapi better berhenti kot ?



hehe being a social smoker . xde la bangga . tapi xtaw kenapa . ini tidak boleh disalahkan terhadap diri ku . kerana siapa yang membuat kan aku merokok adalah mereka sendiri . bukan aku tak pandai mendengar nasihat supaya tidak . tapi the way u told me like i have smoke for a year without your knowledge . its hurt me . why u not care me like u did to others ?
how am i to a positive thinker when u are not ?
anyway , its not a big matter anymore . the matter is be fair , hope u'll
understand me .


one of my critical thinking . sigh

kenapa ?
why ?
なぜですか?
왜?

kenapa diperlaku kan sebegini ? kenapa dipergunakan sebegini ?
kenapa sukar untuk mengelak ? kenapa ? kenapa ?

yang pasti sukar untuk dijawab . kenapa kau tak pernah faham ? kenapa kau sanggup perlakukan sebegitu ? kenapa kau tak malu untuk masih meminta ? kenapa kau menyakiti ku sebegini ? adakah aku terlalu bodoh untuk kau ? adakah aku terlalu zalim untuk kau ? kenapa kau xpernah fikir apa yang aku lakukan untuk kau ? kenapa kau terlalu ego dengan keseronokan ? sekarang , kau dah puas dengan keseronokan yang engkau kecapi dengan kawan2 kau ? kau dah ramai sangat kawan untuk kau berseronok ? kau dah jumpa kawan2 yang akan memnyeronokkan lagi hidup kau ?
bagus , tahniah aku ucap kan .

tapi kenapa kau menyakiti aku sedemikian ? sikit pun kau tidak rasa bersalah . kenapa ? aku kebingungan dengan perangai seperti kau . kau kata kau nak membahagiakan keluarga kau , tapi kenapa kau tinggalkan mereka ?

entah la , aku tak tau apa dalam pemikiran engkau sekarang .
kenapa kau masih memberi harapan sedangkan kau menghina aku ?
kenapa kau bercerita tentang keburukan aku kpd kawan2 kau ?
kenapa semuanya adalah kesalahan aku ?
kenapa kau tak suka aku buat bila kau yang ajar membuat ?
kau ni macam2 la . aku tak larat dan aku benci kau .
tapi kenapa kau yang hadir dalam setiap mimpi2ku ?
tapi kenapa kau yang prihatin terhadapku ?

akhirnya , aku faham . kau mempergunakan aku semata-mata
untuk kepentingan kau . kau memang macam itu . ternyata aku silap tentang kau .
tidak kusangka kau sedegil itu . membuang masa aku menunjukkan
bagaimana untuk semuanya terhadap kau . tapi kau tetap dengan pendirian kau .
maaf aku teringin untuk memberi tahu kepada mu . kau sudah tidak akan dengar . selepas aku mnyelesaikan sesuatu . pastu kau tak kan mencari aku lagi .

ape da aku merepek nie .
andai kata orang yang aku maksudkan ini
akan hadir dalam hidupku .
jauh kan la dari hidup ku .
agar apa yang aku ter pikir kan ini , tidak menghantui hidupku .
aku memohon petunjuk mu yang Esa .
bantu lah aku menghadapi dunia mu ini .
jika tidak , batal kan lah perjanjian yang aku pernah buat dulu .
hantar kan lah izrail kepada ku .


Saturday, May 15, 2010

Penang Penang Penang . سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي

aku memohon kekuatan untuk hidup
di tempat baru ini.

aduhai, akhirnya sampai jugak aku kat penang. kawan xda , transport xda , tempat lepak xda .
skg ni aku hidup sebagai pekebun kat kampung .

ini lah my new routine .

bangun pagi pergi anta adik ke sekolah. pastu balik umah kg g sapu daun2 kering , then g bakar kat bkg umah .

bila dah siap semua tu , g naik atas meng online pulak . bila dah xda keje dah , tido la kejap samapai tengah hari .

tengah hari pulak g amek adik2 dari sekolah , lepas tu , jadi la aku sebagai seorang babysitter
kat umah nie . hingga lah ke petang .

petang pulak . mcm biasa pergi sapu daun2 kering agi . tak banyak pulak daun kering kat sini kan . pagi dah sapu , petang pon wat2 rajin nak sapu . (chuckle) . lepas je siap wat kijew tu , aku melayan pulak adik2 aku neh main badminton . maklum lah masing2 tengah semangat piala thomas ngn uber . kira aku ni mcm misbun lah , dok tolong train diorang main badminton .

malam pulak . lepas maghrib sume g la lepak kat bawah tgk buletin utama ngn family . lepas je tgk brite , kadang2 kene ganti towk aku neh tgk2 kan budak2 neh ngaji . adeh la lotih la . nasib diorang da pandai . so aku tgk2 kan aje mana yg salah . paling aku tunggu2 adalah dinner time . fuh sumpah lepas rindu aku nak makan masakan emak . boleh pulak emak , maksu dengan towk wat kari ikan pari ngn sambal blacan . pergh memang menggemokkan badan aku ddok sini cuti sem . hihi .

tengah malam pulak . adeh ni la part yg paling bosan . laptop ada , broadband ada , tapi syg nya line lembab lak . baru nak heaven2 siket meng online kan diri . cemana la nak wat . itu pon naseb baik la aku terbukak myspace , dan aku ada page uncle aku tadi . so apa lagi , mmg aku tros mintak numbor fon dia . adeh , uncle ku yg di gelar paksu anip berumur bawah 3 tahun dari aku . huhu lepas jea dapat no fon dia , tu yg g pekena char kuew tiow penang tuh . perghh makan lagi . terbooeekk lah . seperti yg diharapkan . kuewtiow nye banyak dan udang nye besar2 lagi siap bersepah2 dlm pinggan . ahahaha .

aku rindu kan damansara . jauh mana pon aku merantau . paling aku tringat adalah damansara . mana boleh aku tinggalkan tempat aku membesar . i wish i will have my own house there . i miss all of my friends there . they are nice friends for me . two of my sahabat lelaki are still there . Amzar Izzuddin dgn Meor Nazry , korang neh meh la datang jemput aku kat penang . culik la aku bawak balik damansara doe . dah mati akal dah aku kat sini . ahaha . ngamuk parents aku baca blog neh kang . tak pasal2 ada jea alasan xnk bagi aku balik damansara . leh la aku g kutip duit kat orang yang sewa rumah kat damansara tu . ahaha . adeh , rindu nye damansara .

ape pon , aku perlu hadapi ni sorang2 . insyaAllah panjang umur murah rezki , aku akan stay damansara . emh dah la hidop sorang2 cemni .

sometimes its hard to live without a part of my body . u don't get it all what i've been told u before . adeh ni crite sal penang ke sal dia neh . ok2 esok wat blog entry baru . huhui .


Sincerely by,

~aap~

Monday, May 3, 2010

3 orang sahabat

Bismillahirrahmanirrahim . . .

selama ini, diri aku di kurnia kan 3 orang kenalan yg aku anggap sebagai kawan karib aku

dimana mereka lah yang akan tampil dengan nasihat

dan bantuan kepada aku.


Semasa umur ku 13 tahun,

masa ini aku dipertemukan kepada seorang kawan yang sangat baik dan penuh dengan rasa rendah diri. dia lah yang membuat kan aku menjadi seorang yg rendah diri dari segala perilakunya. dengan hanya memandang muka nya, tahap baran aku menjadi layu. kami berdua kerap dikait kan sebagai kembar kerana selalu bersama. kembar kami ada 5 orang tetapi kami berdua lebih akrab bersama dalam perguruan. setelah berkawan hampir 4 tahun. kami bersama di tauliahkan sebagai pembantu jurulatih. tetapi dia di iktiraf secara rasmi, dan aku hanya di iktiraf di belakang tabir. aku semakin kagum dengan nya. setelah sekian lama aku berkawan dengan dia, aku ter fikir sejenak kenapa dia saja yg akan muncul jika aku menghadapi masalah. dan dia pernah didatangi mimpi tentang diri aku. aku semakin lalai ngn kehidupan dunia tetapi dia tidak, dia pandai mengatur langkah dalam menentukan sesuatu. setelah sekian lama. baru sekarang aku sedar dia adalah kenalan yg boleh di anggap sebagai kawan malah dia adalah seorang sahabat pada diriku. sekarang kami sudah renggang tetapi dalam hatiku masih terpikir kan diri nya dan ilmu di dada nya. aku hanya mampu berdoa untuk nya. kau adalah salah seorang tokoh yang tersemat dalam ingatan aku. Amzar Izzuddin adalah sahabat ku.

Semasa umurku 16 tahun,

masa ini pula aku dipertemukan kepada seorang kawan yang amat menggelikan hati dengan kesakaian belia. di sebalik kesakaian dia tersirat bayang2 seorang kawan yang penuh dengan pengajaran hidup dan ilmu agama. sedikit sebanyak aku mempelajari daripadanya tentang
ilmu didunia. aku cukup mengagumi dia kerana dia mampu menghadapi liku2 hidup sebagai seorang anak lelaki pertama dalam keluarganya. setelah pemergian bapanya yang disanjungi, dia mampu menyara keluarga dengan hasil titik peluh kerjanya. dia adalah seorang kawan yang sangat prihatin terhadap kawan2 yang lain. pernah suatu ketika, aku kehabisan duit untuk makan, dan tiada sesiapa yang mampu menolong aku walaupun keluarga aku kerana aku tak nak menyusah kan diorang lagi. secara tal langsung terdetik di fikiran ku tentang diri nya. setelah menceritakan masalah aku, dengan senang hati dia meminjam kan duit nya kepada aku tanpa memikir panjang dan gelak tawa. dia sempat berkata, 'acap guna duit ni elok2 okay, kalau tak cukup bagi tahu kat aku lagi' aku menjadi serba salah dengan sikap beliau. setelah daripada itu, aku menghadapi masalah lain dan kali ini dia juga yang tampil di sisi ku. aku menjadi semakin segan dan sedih terhadap apa yang aku tempuhi. dia selalu memberi nasihat kepada diriku. akhirnya, susah senang kami bersama, dia masih mampu untuk gelak ketawa
apabila aku perlu melangkah ke universiti. apabila tiba cuti semester, aku akan talifon dan lepak bersama dia. semasa cuti semester banyak masalah yang kami hadapi bersama, jika aku ada duit, makan minum rokok dia aku payung, bila aku tiada duit, makan minum aku dia yang payung. sehingga kan perkenalan kami ini diketahui oleh keluarga kami masing2. bapa aku selalu mengambil berat terhadap diri nya, dan mama dia selalu mengambil berat terhadap diriku sehinggakan aku terdengar mama dia berborak dengan kawan2 lain 'hah, ni lah anak angkat aku,dia belajo kat over the sea, anak aku yang pergi ambil dia kat airport tadi tuh, syukur selamat sampai dah haa' aku terkejut dengan kenyataan itu dan aku mula sayu. kawan yang aku perkatakan ini adalah Meor Nazry. susah senang kami bersama.

Semasa umurku 20 tahun,

masa ini pula aku di pertemukan dengan seorang kawan yang sangat menjaga kawan2 nya dari segi perhubungan antara satu sama lain. aku sangat hormat kepadanya, dan ini mungkin kerana perbezaan umur kami adalah 1 tahun dan pengalaman hidup. pada mulanya kami hanya berkawan seperti kawan2 biasa. tiada apa yang lebih daripada itu. tetapi sekian lama kami berkawan, pintu hatiku dibuka sikit demi sedikit terhadap nya. aku mula didatang instinct antara aku dengan dia seperti ada link tentang sesuatu. pada mula nya aku hanya membiarkan instinct itu tapi lama kelamaan iainya semakin jelas. peristiwa ini berlaku pada malam tadi pukul 8.45 pm pada 3 Mei. semasa aku sedang menunggu rakan ku mengambil aku ke tempat futsal, hatiku terasa gusar dan tidak tenang. secara tiba2 aku terasa diri aku ini seperti tidak diperlukan lagi di atas dunia. aku mula lemah longlai untuk pulang ke bilik dan ingin membatalkan game futsal. aku hanya mampu duduk diatas pembahagi jalan dengan badan ku menggigil dan hampir terpitam. tidak semena-mena, aku terima pesanan ringkas dari kawan ku ini yang berbunyi
"assalamualaikum. ALLAH menguji keikhslasan hati kita bila kita bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah, Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan, Allah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik, Ikhlaskan sesuatu pengorbanan keranaNYA"
saat aku membaca pesanan ringkas ini, hati ku terus sayu dan tanpa segan silu air mata ku berlinang. apa yang terlintas difikiran aku, adalah persoalan. iaitu kenapa kau hantar msg ni kat aku? kenapa masa ini yg ko hantar msg camni kat aku? kenapa ini yang aku terima? akhirnya persoalan aku terjawab apabila aku terdengar bisikan "acap, ko lah sahabat aku" . secara tak langsung aku berdoa dalam hati, 'ya Allah, jika ditakdirkan dia ini adalah sahabat aku, ambil lah amalan ku untuk nya' selepas itu. aku terus bersemangat setelah ber istighfar. dan aku membalas msg nya dengan tenang walaupun tidak. aku berharap dia adalah kembar2 aku
sepertimana sahabat2 aku sebelum ini. orang yang akan ku gelarkan diri nya sebagai sahabat ini adalah Muhd Rifdi atau lebih dikenali sebagai didieseven. jika kau baca tulisan aku ni didie, segera msg aku,sebab aku akan tunggu ko menjawab persoalan aku tu sendiri. adakah ko dapat rasa hati aku sekarang nie dd? adakah ko rasa apa yg aku rasa skg nie dd? :1

Luahan ini adalah datang nya dari hari aku, sahabat2 ku.
Amzar Izzuddin
Meor Nazry
Mohd Rifdi
Sincerely by,

~aap~